Friday, January 30, 2009

Peristiwa Sepanjang Januari 2009

4 Jan- Pendaftaran Pelajar Lama

5 Jan - Sesi 2009 Bermula

12 Jan - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1, Latihan Merantas Desa 1

13 Jan - Latihan Merentas Desa 2

14 Jan - Mesyuarat Pelantikan AJK bagi Badan Uniform, Kelab dan Permainan.

15 Jan - Latihan Merentas Desa 3

17 Jan - Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah, Tempat 1 - Khalid, 2-Thariq, 3-Usamah dan 4-Hamzah

21-22 Jan - Pertandingan Pingpong Daerah (Tempat ketiga beregu L18 dan P18)

23 Jan - Kejohanan Merentas Desa Daerah (Seorang akan mewakili daerah ke peringkat negeri)

24 Jan - 1 Feb - Cuti  Sempena Tahun Baru Cina

Kenali Barisan Pentadbiran

Pengetua : Pn. Hajah Zainun binti Abdullah

GPK 1      : Pn. Hajah Norlida binti Jantan

GPK HEM : Tn. Haji Mukhtar bin Ab Rani

GPK KOKu : Pn. Siti Nor binti Musa

GKMP Bahasa : Pn. Wahidah binti Any

GKMP Kemanusiaan : Pn. Nor Hasiah binti Harun

GKMP Sains dan Matematik : Pn. Nor Rahimah binti Abu Bakar

GKMP Teknikal : Encik Mohd Zaki bin Jahaya

Kenali Sekolah

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (SBPIJ) terletak dalam daerah Jempol. Bahau ialah bandar yang terhampir dengan jaraknya kira-kira 12 kilometer. SBPIJ dilengkapi 6 blok bangunan. Sekolah ini mula dibuka pada 7 Januari 2002. Pada peringkat awal, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol (SMKAJ) sebelum menjadi Sekolah Menengah Agama Persekutuan Jempol (SMAPJ). Kemudian sekolah ini dinaik taraf sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol pada 3 Disember 2002.  

  Sekolah ini pada mulanya menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir (SMKBK) selama hampir 7 bulan sementara menunggu bangunan sekolah siap dibina. Sesi persekolahan dijalankan pada sebelah petang. Sebelum kedatangan Puan Pengetua, Puan Rubiyah Harun pada 16 Mac 2002, tugas pengetua dipangku oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajjah Zabidah binti Haji Lasim. Bilangan guru pada ketika itu hanyalah seramai 16 orang dan seorang kakitangan sekolah. Bilangan pelajar tingkatan satu yang mendaftar adalah seramai 150 orang dan tingkatan empat seramai 29 orang.

  Pada 8 Julai 2002, SBPIJ telah berpindah ke bangunan rasmi sekolah yang terletak kira-kira 0.5 kilometer daripada SMKBK dengan keluasan kira-kira 48 ekar persegi dan dilengkapi kemudahan-kemudahan yang serba canggih bagi membolehkan para pelajar belajar dengan selesa.  

  Pada 2003, bermula dari 8 Januari sehinggalah ke bulan Julai, seramai 188 pelajar yang terdiri daripada tingkatan satu dan empat mendaftar secara berperingkat-peringkat di sekolah ini. Sehingga akhir oktober, jumlah keseluruhan pelajar SBPIJ adalah seramai 367 orang dan kakitangan akademikpula seramai 54 orang manakala kakitangan sekolah seramai 12 orang. Pada tahun 2003, dua aliran ditawarkan untuk pelajar tingkatan empat iaitu Sains Agama dan Sains Tulen.

  Kini, bilangan pelajar di SBPIJ telah bertambah sehingga lebih kurang 530 orang dan dibarisi seramai 58 orang guru dan 20 orang staf sokongan. Bertepatan dengan nama Integrasi yang telah diberikan, sekolah inijuga telah memperkenalkan tiga aliran yang boleh dipilih oleh pelajar peringkat menengah atas iaitu aliran Sains Agama, Sains Tulen dan Sains Teknikal.