Friday, February 6, 2009

Kejohanan Catur MSSM Jempol Barat

Pada 4-5 Feb, SBPIJ sekali lagi telah menjayakan kejohanan catur MSSM bagi daerah Jempol Barat. Kejohanan kali ini adalah merupakan Kejohanan kali ke-7 berturut-turut yang dikelolakan oleh SBPIJ. Hampir semua sekolah yang berada dalam kawasan Jempol Barat telah menyertai kejohanan yang diadakan ini.

Pada kejohanan kali ini, SBPIJ telah menyapu bersih hadiah tempat pertama bagi kategori berkumpulan. Peserta-peserta yang telah berjaya menduduki tempat pertama hingga keempat telah terpilih untuk mewakili Jempol Barat ke Kejohanan peringkat negeri yang dijangka berlangsung pada penghujung Februari ini di SBPI Jempol.

Semoga Jempol Barat akan memperoleh kejayaan yang terbaik untuk kejohanan peringkat negeri nanti.

Sukan Tara SBPIJ

Pada 2-3 Februari telah berlangsung Sukan Tara bagi SBPIJ. Sebanyak 4 acara telah dipilih iaitu 100m, 800m, lompat jauh dan lontar peluru. Sukan Tara ini adalah sebahagian daripada acara kejohanan olahraga peringkat sekolah, cuma yang membezakannya ialah sukan tara semua pelajar untuk setiap rumah diberi peluang untuk menyumbangkan markah berdasarkan kesemua acara yang telah ditetapkan, manakala kejohanan olahraga hanyapelajar yang terbaik dari setiap rumah akan bertanding bagi menentukan siapakah yang juara.

Keputusan keseluruhan sukan tara telah didominasi oleh Rumah Hamzah, diikuti Usamah, Khalid dan Thariq. Semangat kesukanan yang tinggi telah ditunjukkan oleh semua pelajar yang terlibat dalam setiap acara dan kategori. Semoga Semangat ini akan berterusan bukan sahaja dalam bidang kokurikulum malah turut disemai dalam bidang kurikulum.